Bakul 0

Pedoman Perjalanan Menuju al Rahman

RM 15.00

PEDOMAN JALAN MENUJU ALLAH |

 Buku ini merupakan sebuah penjelasan ringkas bagi kitab ‘Unwan al-Taufiq fi Adab al-Thariq karya al-Imam Ibn ‘Atho’illah al-Sakandari qaddasallahu sirrahu berkisar perbahasan berkaitan thariqat-tasawwuf. Banyak perkara yang dijelaskan melalui kitab ini berguna bagi setiap orang yang mahu menempuh perjalanan sufi dalam mencapai keredhaan Allah Ta’ala.

 Ibarat kata, orang yang tidak pernah mencicip butir gula, tidak akan pernah menikmati rasa manisnya 'gula', walau pun dia tahu tentang kemanisan gula. Tahu dan nikmat rasa itu sudah pasti tidak akan pernah sama. Begitu jugalah dalam perihal tasawwuf dan thariqat ini, kerana ajaran tasawwuf dan thariqat termasuk dalam pengalaman rasa dan rohaniah yang bersigat sani/halus, dan memerlukan tarbiyah, suhbah, riyadhah dan mujahadah. Jika tidak, sukar bagi seseorang murid atau pun 'salik' [penempuh jalan menuju Tuhan] untuk berjaya dalam perjalanan atau permusafiran rohaniahnya.

 Para anti-tasawwuf sering menjadi musuh bagi tasawwuf dan thariqat akibat kejahilan mereka dalam memahami liku-liku perjalanan rohaniah ini. Memasuki jalan ini memerlukan ketulusan hati, jika tidak ia akan menjadi musuh bagi diri sendiri.